Selebriti Malaysia – Fasha Sandha

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984) atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang" dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Pada 2003, Fasha membuat penampilan filem pertama menerusi filem Black Maria sebagai pelakon tambahan. Filem beliau seterusnya ialah filem komedi muzikal Bintang Hati (2004). Antara 2005 dan 2007, Fasha menjayakan watak tajuk dalam siri drama TV3, Natasha. Dalam satu temuramah dalam promosi drama Natasha, Fasha memberitahu kepada media bahawa wataknya di dalam Natasha amat sukar untuk dihayatinya dan memberi kesan kepada dirinya juga.

Fasha mempunyai pelbagai peranan utama dalam filem-filem terkenal beliau termasuk dua siri filem aksi komedi adiwira Cicak-Man (2006–08), sebagai gadis pulau Nia dalam filem 9 September (2007), sebagai pelumba kereta dalam filem aksi Evolusi KL Drift (2008), dan filem komedi keluarga Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Siri televisyen yang dibintanginya termasuk Cinta Elysa (2011), Alif Imani (2014) dan Lara Aishah (2016).

廣告

發表迴響

在下方填入你的資料或按右方圖示以社群網站登入:

WordPress.com 標誌

您的留言將使用 WordPress.com 帳號。 登出 /  變更 )

Google photo

您的留言將使用 Google 帳號。 登出 /  變更 )

Twitter picture

您的留言將使用 Twitter 帳號。 登出 /  變更 )

Facebook照片

您的留言將使用 Facebook 帳號。 登出 /  變更 )

連結到 %s