Selebriti Malaysia – Bella Nazari

Mas Nabiella binti Nazari atau lebih dikenali sebagai Bella Nazari (lahir 11 Julai 1987) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan salah seorang peserta Mentor musim pertama. Beliau terkenal menerusi watak sebagai Tengku Amalin dalam drama Hati Perempuan dan sebagai Hajar dalam Tabir Zulaikha.

Pada usia 18 tahun, Bella terpilih sebagai peserta program realiti Mentor musim pertama tahun 2005 yang mana beliau menjadi anak didik penyanyi Noraniza Idris. Namun kerjayanya berakhir di pertengahan jalan kerana gagal meneruskan saingan sehingga ke akhir. Beliau berkata dalam temuramah bersama Media Hiburan:"Masa 18 tahun, barulah saya berani cabar diri dengan menyertai Mentor. Sebab pada peringkat awal, saya menyanyi hanya untuk suka-suka saja. Tetapi kali ini bertukar kerana minat sampailah sekarang."

Bakatnya dalam bidang lakonan hadir apabila beliau dipilih menjayakan watak sebagai Hajar dalam Tabir Zulaikha lakonan Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza. Ini diikuti oleh peranan antagonis bersama Hafreez Adam dalam drama Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan, Bella memegang watak sebagai Tengku Amalin.

Bella melancarkan single sulungnya, “Infiniti" yang dikeluarkan pada Mei 2016, dan ia kemudian diikuti oleh single keduanya, “Oh Cintaku" pada Februari 2017.

Beliau pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-22 pada 2016, namun dimenangi oleh Syamel.

發表迴響

在下方填入你的資料或按右方圖示以社群網站登入:

WordPress.com 標誌

您的留言將使用 WordPress.com 帳號。 登出 /  變更 )

Google photo

您的留言將使用 Google 帳號。 登出 /  變更 )

Twitter picture

您的留言將使用 Twitter 帳號。 登出 /  變更 )

Facebook照片

您的留言將使用 Facebook 帳號。 登出 /  變更 )

連結到 %s